Ridzuan Hashim - Paramotor glider yang akan membuat rakaman imej dari udara sekiranya 
cuaca dan keadaan angin mengizinkan 




MAKLUMAN : ATAS PERMINTAAN DAN PANGGILAN TELEFON UNTUK MELANJUTKAN TARIKH PENDAFTARAN, PIHAK KAMI MENSASARKAN 1000 PENYERTAAN SAHAJA. DAN SEHINGGA 23 OGOS 2012 IANYA TELAH MENGHAMPIRI 900 PENYERTAAN...

PERTANDINGAN LUKISAN : Pertandingan ini terbuka kepada anak-anak peserta yang berumur 10 tahun dan ke bawah. Peralatan melukis tidak disediakan oleh penganjur (Bawa sendiri). Media yang digunakan terpulang kepada peserta samada basah atau kering. Contoh media kering ialah pensil warna, crayon, warna magik dan sebagainya. Manakala media basah ialah warna air, warna poster dan lain-lain yang berasaskan air. Pertandingan akan dijalankan selepas peserta kayuhan dilepaskan iaitu sekitar jam 8.30 pagi(Tentatif)

TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG MENDAFTAR UNTUK KAYUH BENDANG. SEHINGGA 17 /8/2012 KAMI MASIH MENERIMA PENYERTAAN DAN ADA YANG BELUM DIKEMASKINI. DIHARAPKAN MEREKA YANG TELAH MENDAFTAR LEBIH DARI SEMINGGU TETAPI NAMA BELUM DISENARAIKAN SILA HUBUNGI EN RAFID DI TALIAN 019-5900050. UNTUK MAKLUMAN JUGA PENYERTAAN TERBARU TIDAK SEMESTINYA BERADA DI KEDUDUKAN TERBAWAH. IA MUNGKIN BERADA DI ANTARA NAMA MEREKA TERDAHULU YANG MEMBUAT TEMPAHAN TETAPI MEMBATALKANNYA KEMUDIAN... TERIMA KASIH


Setelah mengundur dari tarikh cadangan awal.. Kayuh Bendang mengambil keputusan meneruskan edisi ke-3 pada 1 September 2012. Jarak kayuhan dianggarkan 45-50km sahaja berbanding 65km pada edisi ke 2 (2011). Yuran ditetapkan pada RM 50.00. Pihak penganjur sedang mencuba menambah bilangan goodies selain dari T-Shirt (Akan dimaklumkan dari masa ke semasa). Lanskap laluan meliputi kawasan ladang kelapa sawit, ladang getah, sawah padi dan semestinya kawasan Bukit Birut.

Mengekalkan konsep yang sama iaitu "ride for fun and health"... berkayuh sambil bertemu rakan-rakan dari seluruh negara yang meminati sukan berbasikal lasak. Acara sampingan yang disediakan ialah mewarna untuk kanak-kanak dan persembahan "live band".. Selain dari itu buat pertama kali rakaman still images akan dilakukan dari udara oleh kumpulan motor glider(sekiranya cuaca mengizinkan).

Final design untuk t-shirt kayuh bendang 2012... Disamping baju T... kami akan cuba memberi  goodies tambahan.. Insyaallah akan dimaklumkan sekiranya perbincangan berjaya..

SILA KLIK PAUTAN PADA PAUTAN BORANG PENYERTAAN UNTUK MUAT TURUN BORANG

Terkini :... Hadiah cabutan bertuah termasuk TREK Fuel EX6 bernilai lebih RM8xxx.xx dan TREK Wahoo bernilai lebih RM2xxx.xx dan sebuah Fixie berjenama create