KOLEKSI GAMBAR

Harap maaf pada yang terluka.. di sini saya akan cuba upload dan link koleksi gambar yang dapat saya kumpulkan.Bukan berniat meneggakkan benang yang basah. Kami mulai mendapat info dari peserta berkenaan tanda-tanda arah yang mencurigakan dan tulisan pada tanda arah yang boleh membuat peserta marah terutama dalam keadaan keletihan.. Untuk berkongsi cerita anda atau ingin menghentam kami sila ke facebook group "Kayuh Bendang 2012" atau ke "OnestopcycleMtb"... kami menerimanya dengan hati terbuka... maaf saya lock akaun cbox kerana tiada butiran yang memberi komen... melalui akaun facebook ianya lebih jelas dan siapa pengirim... kerana dari awal lagi blog ini telah digodam seorang individu dgn kata-kata yang kasar dan kurang sopan dgn tujuan mengaibkan kami dgn menggunakan nama kayuhbendang2012"...siapa saja yg "add" dirinya ke dalam group"Kayuh Bendang 2012" saya akan terima...

KLIK PADA PAUTAN BERIKUT "

KOLEKSI 1
KOLEKSI 2

COMMENT

Terlebih dahulu kami di Kayuh Bendang 2012 memohon ampun dan maaf kepada semua peserta atas kesukaran yang dihadapi oleh tuan puan sepanjang kayuhan ini. Jika ada yg ingin mengherdik kami sekalipun kami terima dengan hati yang terbuka. Anda boleh ke Group Kayuh Bendang 2012 atau ke FB Onestopcycleshop.

Gambar-gambar sekitar kayuhan akan dimuat naik dalam sedikit masa lagi

GOODIES COLLECTION

Goodies boleh diambil pada :

              - Jumaat :3.00 petang hingga 11.00 malam
              - Sabtu   : Seawal jam 6.00 pagi

bertempat di One Stop Cycle Shop, Pusat Perdagangan Bertam Perdana, Kepala Batas.

LOKASI DAN KEMUDAHAN MELETAK KENDERAAN KAYUH BENDANG 2012




Cara yang paling mudah untuk ke Lokasi Kayuh Bendang 2012 ialah dengan melalui lebuhraya PLUS Utara Selatan dan exit pada tol "Bertam". Di lampu isyarat pertama belok ke kiri (Berhati-hati kerana jalan susur keluar ke kiri yang pendek. Perhatikan kenderaan  yang datang dari arah kanan iaitu dari Kepala Batas menghala ke Kubang Menerong/Tasek Gelugor). Selepas lebih kurang 100meter terdapat satu lagi lampu isyarat dan belok ke kanan(dari lampu isyarat sudah nampak jelas lokasi kayuh Bendang 2012)... Anda telah tiba ke destinasi.... Jumpa anda di sana

Bagi yang belum pernah ke Pusat Perdagangan Bertam Perdana (Lokasi Kayuh Bendang 2012) parking tidak menjadi satu masalah kerana ruangnya yg luas pada bahagian hadapan dan belakang pusat perdagangan ini.

Laluan Kayuh Bendang 2012


Laluan trek kayuhan telah dikemaskini sila klik dibawah untuk paparan.

Terdapat 2 paparan utama iaitu "Map" dan "Chart". Pada bahagian "Chart"terdapat 3 paparan
iaitu "Timing, Eleavation dan Temperature"... Abaikan Timing kerana pemetaan trek dilakukan
dengan menggunakan motosikal.

Bawa cursor melalui  garisan graf untukl maklumat lanjut

KLIK DI SINI UNTUK PETA LALUAN yang lebih lengkap dan interaktif
Google earth : - Latitude   5°30'56.50"N
                       - Longitude 100°26'52.61"E





Ridzuan Hashim - Paramotor glider yang akan membuat rakaman imej dari udara sekiranya 
cuaca dan keadaan angin mengizinkan 




MAKLUMAN : ATAS PERMINTAAN DAN PANGGILAN TELEFON UNTUK MELANJUTKAN TARIKH PENDAFTARAN, PIHAK KAMI MENSASARKAN 1000 PENYERTAAN SAHAJA. DAN SEHINGGA 23 OGOS 2012 IANYA TELAH MENGHAMPIRI 900 PENYERTAAN...

PERTANDINGAN LUKISAN : Pertandingan ini terbuka kepada anak-anak peserta yang berumur 10 tahun dan ke bawah. Peralatan melukis tidak disediakan oleh penganjur (Bawa sendiri). Media yang digunakan terpulang kepada peserta samada basah atau kering. Contoh media kering ialah pensil warna, crayon, warna magik dan sebagainya. Manakala media basah ialah warna air, warna poster dan lain-lain yang berasaskan air. Pertandingan akan dijalankan selepas peserta kayuhan dilepaskan iaitu sekitar jam 8.30 pagi(Tentatif)

TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG MENDAFTAR UNTUK KAYUH BENDANG. SEHINGGA 17 /8/2012 KAMI MASIH MENERIMA PENYERTAAN DAN ADA YANG BELUM DIKEMASKINI. DIHARAPKAN MEREKA YANG TELAH MENDAFTAR LEBIH DARI SEMINGGU TETAPI NAMA BELUM DISENARAIKAN SILA HUBUNGI EN RAFID DI TALIAN 019-5900050. UNTUK MAKLUMAN JUGA PENYERTAAN TERBARU TIDAK SEMESTINYA BERADA DI KEDUDUKAN TERBAWAH. IA MUNGKIN BERADA DI ANTARA NAMA MEREKA TERDAHULU YANG MEMBUAT TEMPAHAN TETAPI MEMBATALKANNYA KEMUDIAN... TERIMA KASIH


Setelah mengundur dari tarikh cadangan awal.. Kayuh Bendang mengambil keputusan meneruskan edisi ke-3 pada 1 September 2012. Jarak kayuhan dianggarkan 45-50km sahaja berbanding 65km pada edisi ke 2 (2011). Yuran ditetapkan pada RM 50.00. Pihak penganjur sedang mencuba menambah bilangan goodies selain dari T-Shirt (Akan dimaklumkan dari masa ke semasa). Lanskap laluan meliputi kawasan ladang kelapa sawit, ladang getah, sawah padi dan semestinya kawasan Bukit Birut.

Mengekalkan konsep yang sama iaitu "ride for fun and health"... berkayuh sambil bertemu rakan-rakan dari seluruh negara yang meminati sukan berbasikal lasak. Acara sampingan yang disediakan ialah mewarna untuk kanak-kanak dan persembahan "live band".. Selain dari itu buat pertama kali rakaman still images akan dilakukan dari udara oleh kumpulan motor glider(sekiranya cuaca mengizinkan).

Final design untuk t-shirt kayuh bendang 2012... Disamping baju T... kami akan cuba memberi  goodies tambahan.. Insyaallah akan dimaklumkan sekiranya perbincangan berjaya..

SILA KLIK PAUTAN PADA PAUTAN BORANG PENYERTAAN UNTUK MUAT TURUN BORANG

Terkini :... Hadiah cabutan bertuah termasuk TREK Fuel EX6 bernilai lebih RM8xxx.xx dan TREK Wahoo bernilai lebih RM2xxx.xx dan sebuah Fixie berjenama create